{"id":6435,"date":"2025-08-29T10:36:12","date_gmt":"2025-08-29T02:36:12","guid":{"rendered":"https:\/\/collamedia.com\/?p=6435"},"modified":"2025-08-29T10:43:22","modified_gmt":"2025-08-29T02:43:22","slug":"risiko-penggunaan-earbud-kesan-volume-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/gaya-hidup\/risiko-penggunaan-earbud-kesan-volume-tinggi\/","title":{"rendered":"Ramai Abaikan, Risiko Penggunaan Earbud dengan Volume yang Terlalu Tinggi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><em>Image Credit<\/em><\/strong><em> : <\/em><a href=\"https:\/\/share.google\/images\/Bs8xGk5vgQi86DIUK\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>https:\/\/share.google\/images\/Bs8xGk5vgQi86DIUK<\/em><\/a><em>&nbsp;&nbsp;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Penggunaan<a href=\"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/gadget\/best-wireless-earbuds-malaysia-2025\/\"> earbud<\/a> telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Alat ini memberikan kebebasan untuk mendengar muzik, menonton video atau bermain permainan video tanpa mengganggu orang lain. Namun, penggunaan earbud yang berlebihan pada volume yang terlalu tinggi boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan telinga, yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ramai individu, terutama golongan remaja mungkin tidak menyedari akan risiko yang boleh ditimbulkan daripada&nbsp; penggunaan earbud dalam tempoh yang lama serta pada kadar bunyi yang melebihi had yang selamat. Oleh hal yang demikian, artikel ini akan membincangkan risiko penggunaan earbud pada volume tinggi yang mungkin anda tidak menyedarinya serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan masalah ini.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">1. Kehilangan Pendengaran Akibat Bunyi Kuat<\/h2>\n\n\n\n<p>Antara risiko terbesar penggunaan earbud dengan volume tinggi adalah kehilangan pendengaran. Bunyi yang melebihi 85 desibel (dB) yang didengari secara berterusan dalam tempoh yang lama boleh merosakkan sel-sel rambut dalam koklea, iaitu bahagian telinga dalam yang bertanggungjawab bagi proses penghantaran isyarat bunyi ke otak. Kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi kuat dikenali sebagai <em>Noise-Induced Hearing Loss<\/em> (NIHL), dan ia boleh berlaku tanpa kita sedari.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebanyakan pengguna tidak cakna akan tahap volume yang mereka dengar kerana bunyi darpadai earbud langsung masuk ke dalam telinga, tanpa sebarang halangan seperti pada penggunaan headphone. Berdasarkan kajian, penggunaan earbud pada volume yang terlalu tinggi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan kekal pada pendengaran. Keadaan ini tidak hanya mengurangkan kualiti hidup tetapi turut menjejaskan kemampuan komunikasi dan prestasi kerja atau pelajaran.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">2. Tinnitus: Deringan di Telinga yang Mengganggu<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh7-rt.googleusercontent.com\/docsz\/AD_4nXfsFz8PGyt1tDC66Z7FFYPCILG2mUTi5EI-iBeglspw-0fahWB-l1gBcDtq3yEsRJLzrhXHhSUwtkkUEX2tgOegASCkhIVBvp-wswCMbiUoClEzi4NJ6cDK117q4ofbmMUA1dgS3g?key=MsV8_K-zmJ1nYb_-DBuZ9Q\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><em>Image Credit<\/em><\/strong><em> : <\/em><a href=\"https:\/\/share.google\/images\/lXYKED0AnI4UdUVTT\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>https:\/\/share.google\/images\/lXYKED0AnI4UdUVTT<\/em><\/a><em>&nbsp;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada kehilangan pendengaran, penggunaan earbud pada volume tinggi juga boleh menyebabkan tinnitus, iaitu keadaan di mana seseorang mendengar bunyi deringan atau desingan di telinga tanpa sumber bunyi luaran. Tinnitus sering kali berlaku selepas pendedahan kepada bunyi kuat dan dalam banyak kes, ia boleh menjadi kekal. Bunyi ini bukan sahaja mengganggu tetapi boleh menghalang tidur, menyebabkan tekanan serta mengganggu fokus seseorang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bunyi yang berterusan atau berlebihan daripada mendengar muzik pada volume tinggi melalui earbud, merosakkan sel-sel saraf di telinga dalam yang bertanggungjawab untuk memproses bunyi. Sekiranya tinnitus tidak ditangani, ia boleh mengganggu kualiti hidup seseorang secara signifikan. Oleh itu, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda awal tinnitus dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">3. Jangkitan Telinga Akibat Penggunaan Earbud Berpanjangan<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh7-rt.googleusercontent.com\/docsz\/AD_4nXfA0BIlpJ7DpNxfCVvr1IwVdd0ZSdPCUXG6sRcL7d_wDhdcvK6_s59MNs4bWXKc5JAJvrp9Ca3TXFfHe0Y2bSs0LEbv6FAq6RKeQ-efxhAP3Z7jZ3g57LYZwh1kCJyHnr6shFzuNg?key=MsV8_K-zmJ1nYb_-DBuZ9Q\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><em>Image Credit<\/em><\/strong><em> : <\/em><a href=\"https:\/\/share.google\/images\/vPsDoKlX3VYiy0mIk\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>https:\/\/share.google\/images\/vPsDoKlX3VYiy0mIk<\/em><\/a><em>&nbsp;&nbsp;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Penggunaan earbud yang berpanjangan, terutamanya tanpa dibersihkan dengan betul, boleh meningkatkan risiko jangkitan telinga. Kelembapan yang terperangkap dalam saluran telinga akibat penggunaan earbud dalam tempoh lama boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria atau kulat, yang menyumbang kepada jangkitan telinga seperti otitis externa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan dengan itu, kebiasaan berkongsi earbud dengan orang lain atau menggunakannya dalam persekitaran yang kotor serta berpeluh juga meningkatkan risiko jangkitan. Bakteria daripada telinga atau tangan yang tidak bersih boleh dipindahkan ke dalam saluran telinga dan menyebabkan keradangan atau infeksi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">4. Masalah Perkembangan Pendengaran pada Remaja<\/h2>\n\n\n\n<p>Remaja, yang sedang berada dalam fasa perkembangan, lebih terdedah kepada risiko masalah pendengaran akibat penggunaan earbud yang berterusan pada volume yang tinggi. Kehilangan pendengaran pada usia muda boleh memberi kesan besar kepada perkembangan kognitif dan sosial mereka. Pendengaran adalah faktor penting dalam perkembangan bahasa dan komunikasi, yang mana masalah pendengaran yang tidak ditangani boleh mengganggu pembelajaran di sekolah dan perhubungan dengan rakan sebaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, kehilangan pendengaran yang berlaku pada peringkat awal ini juga boleh menyebabkan kesulitan ketika berkomunikasi seperti dalam memahami arahan dan seterusnya mempengaruhi kemajuan akademik serta kemampuan untuk berfungsi dengan baik dalam kehidupan seharian. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa serta golongan pendidik untuk memberi perhatian terhadap tabiat mendengar para remaja kini dan memastikan mereka sentiasa menggunakan teknologi earbud ini dengan berhemah.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">5. Pengaruh Terhadap Kesihatan Mental<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh7-rt.googleusercontent.com\/docsz\/AD_4nXejLezqf4vMavWJCAroF_FMicN_1S9Jkk1sJ4rklMGE_4WiixuMfco1c1PqXAgWZY9BmbpjAgEEFYIcdwgs2tBOP2XZsFGFKRdX7DFN9h7FLXIMTGexueTIn8hLgdWBXhZND4l7?key=MsV8_K-zmJ1nYb_-DBuZ9Q\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><em>Image Credit<\/em><\/strong><em> : <\/em><a href=\"https:\/\/share.google\/images\/5hw0WggCzeaqyFkhD\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>https:\/\/share.google\/images\/5hw0WggCzeaqyFkhD<\/em><\/a><em>&nbsp;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Penggunaan earbud yang berlebihan juga menyumbang kepada kesan negatif terhadap kesihatan mental. Mendengar muzik atau bermain permainan video dengan volume yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keletihan dan kecemasan kerana kurang tidur dan tekanan yang berpunca daripada pendedahan berpanjangan kepada bunyi. Selain itu, penggunaan earbud boleh mengasingkan seseorang daripada interaksi sosial, menyebabkan perasaan kesepian dan peningkatan risiko kemurungan, terutamanya dalam kalangan remaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Gangguan tidur boleh terjadi disebabkan oleh penggunaan earbud pada waktu malam atau sebelum tidur kerana ia memberi kesan terhadap kesihatan mental yang mendorong kepada perubahan mood serta masalah kesihatan mental lain. Ketahuilah bahawa kualiti tidur yang tidak baik boleh menyebabkan masalah seperti keletihan berterusan, kebimbangan dan kurang tumpuan pada aktiviti harian.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Panduan Penggunaan Earbud yang Selamat<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh7-rt.googleusercontent.com\/docsz\/AD_4nXfYdBILLQlrYxloNywu28JsUBwhVK6Rd_7WfTAGGfVBs4fGz7AjzLsiqpLQqQeaCe9xRYl_HJiCD5sLEOwTiDNF6VRDiDowXCa15dC0OpRSPd9Gi8P6mmiSNjZ6iqUcxtw9jfbzHw?key=MsV8_K-zmJ1nYb_-DBuZ9Q\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><em>Image Credit<\/em><\/strong><em> : <\/em><a href=\"https:\/\/share.google\/images\/2MVSCqhY53V2ozAo4\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>https:\/\/share.google\/images\/2MVSCqhY53V2ozAo4<\/em><\/a><em>&nbsp;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mengelakkan risiko-risiko yang dibincangkan, pengguna earbud disarankan untuk mengikuti beberapa panduan berikut dalam usaha melindungi kesihatan telinga.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>1. Hadkan Volume: Jangan Melebihi 60% Daripada Kapasiti Maksimum Peranti<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Salah satu cara terbaik untuk melindungi pendengaran adalah dengan mengawal volume earbud. Pastikan volume tidak melebihi 60% daripada kapasiti maksimum peranti. Melalui cara ini, telinga anda tidak terdedah kepada bunyi yang berlebihan yang boleh merosakkan sel-sel rambut di telinga dalam. Ini membantu menjaga kesihatan pendengaran dalam jangka masa panjang.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>2. Ikut Peraturan 60\/60: Gunakan Earbud Tidak Lebih Daripada 60 Minit Pada 60% Volume Setiap Hari<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Peraturan 60\/60 menggalakkan pengguna untuk mendengar muzik atau audio hanya 60 minit setiap hari dengan volume tidak melebihi 60%. Penggunaan earbud yang terhad pada masa dan volume ini adalah langkah bijak untuk mengelakkan kerosakan pendengaran akibat pendedahan bunyi yang berlebihan. Ini juga memberi telinga masa untuk berehat dan pulih.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>3. Rehatkan Telinga: Berikan Telinga Rehat Selepas Penggunaan yang Berterusan<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Jika anda menggunakan earbud selama lebih daripada satu jam, pastikan untuk memberi telinga rehat antara 5 hingga 10 minit setiap jam. Ini membantu mengurangkan tekanan pada telinga dan mengelakkan keletihan pendengaran. Rehat yang cukup adalah penting untuk mengelakkan masalah seperti tinnitus dan kehilangan pendengaran jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>4. Gunakan Earbud Berkualiti: Pilih Earbud dengan Ciri Pembatalan Bunyi<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/gadget\/acefast-t8-crystal-earbuds-review\/\">Earbud berkualiti<\/a> tinggi dengan pembatalan bunyi dapat mengurangkan gangguan bunyi luar, yang membolehkan anda menikmati audio pada volume lebih rendah. Ini mengurangkan keperluan untuk meningkatkan volume pada tahap yang berbahaya. Pilih earbud dengan ciri pembatalan bunyi yang berkesan untuk menjaga kesihatan telinga.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>5. Kebersihan: Bersihkan Earbud Secara Berkala dan Elakkan Berkongsi Penggunaan dengan Orang Lain<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Kebersihan earbud adalah faktor penting dalam mencegah jangkitan telinga. Pastikan untuk membersihkan earbud secara berkala untuk mengelakkan penumpukan bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Selain itu, elakkan berkongsi earbud dengan orang lain untuk mengurangkan risiko penyebaran bakteria atau kulat yang boleh merosakkan kesihatan telinga.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>6. Gunakan Earbud dengan Betul: Jangan Memasukkan Earbud Terlalu Dalam Ke Dalam Saluran Telinga<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Pastikan earbud digunakan dengan betul dan tidak dimasukkan terlalu dalam ke dalam saluran telinga. Menggunakan earbud dengan cara ini boleh mengelakkan tekanan yang berlebihan pada gegendang telinga dan saluran telinga. Dengan menggunakan earbud secara betul, anda dapat menikmati audio dengan lebih selamat tanpa menjejaskan kesihatan telinga.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>7. Pilih Produk yang Sesuai dengan Keperluan Telinga Anda<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Pilih earbud yang sesuai dengan bentuk telinga anda untuk memastikan keselesaan semasa menggunakannya. Earbud yang tidak sesuai dengan bentuk telinga boleh menyebabkan ketidakselesaan dan meningkatkan risiko kerosakan pada telinga. Pastikan earbud yang dipilih memberi keselesaan semasa digunakan untuk tempoh yang lama tanpa memberi tekanan pada telinga.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Kesimpulan<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh7-rt.googleusercontent.com\/docsz\/AD_4nXfjD-lmsMmgyj8E_K3zAZEputDsfZUUNlZgpkDxrSb9Oe4vPaJdQNraOcU9Zopl0497J2beSY0Xe4H6HxbcN4QJYcXhWpQoMdyhZ8_dKF_swvmnh80GIaDWKDVuY9rcoTXFaRIFkw?key=MsV8_K-zmJ1nYb_-DBuZ9Q\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><em>Image Credit<\/em><\/strong><em> :&nbsp; <\/em><a href=\"https:\/\/share.google\/images\/0AVICrFc5ntmelqFj\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><em>https:\/\/share.google\/images\/0AVICrFc5ntmelqFj<\/em><\/a><em>&nbsp;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Penggunaan earbud dengan volume yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang pada pendengaran, termasuk tinnitus, kehilangan pendengaran dan risiko jangkitan telinga. Dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi audio, adalah penting untuk kita menyedari risiko ini dan mengambil langkah-langkah pencegahan demi menjaga kesihatan telinga. Dengan mengikuti panduan penggunaan yang selamat, kita dapat menikmati hiburan tanpa menjejaskan kesihatan pendengaran. Memandangkan kebanyakan kerosakan pendengaran adalah kekal, tindakan pencegahan yang tepat perlu diambil untuk memastikan kesihatan telinga kita terjaga sepanjang hayat. Justeru, bagi mereka yang turut mencari pengalaman audio lebih hebat, boleh ikuti perkembangan <a href=\"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/gadget\/top-wireless-earbuds-malaysia-2025\/\">earbud tanpa wayar 2025<\/a> yang menawarkan keselesaan, kualiti suara luar biasa dan pastinya menjadi pilihan utama buat pengguna menjelang 2025 ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh7-rt.googleusercontent.com\/docsz\/AD_4nXfaG-EuuGcqNlxJ7uOeMGJSmHxpMXkHLL74aFbqTJOLvawfmHdhpp8TewF1Smt2jpWNuEjm_3ZSqZ_vavtU7cq5TCdf61YpiiiziyVjI9nS8xSh2GyuQ6hlO2TU7OQSxcS4wpvQ?key=MsV8_K-zmJ1nYb_-DBuZ9Q\" alt=\"\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><a href=\"mailto:marketing@collamedia.com\"><strong><\/strong><\/a><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Promote Your Event, Product, or Service with Collamedia!<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Want an engaging article like this to promote your event, product, or service? Collamedia offers professional article publishing services to help you reach a wider audience and attract more buyers. Contact us now for more information at <a href=\"mailto:marketing@collamedia.com\">marketing@collamedia.com<\/a> and let us help grow your business!<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Image Credit : https:\/\/share.google\/images\/Bs8xGk5vgQi86DIUK&nbsp;&nbsp; Penggunaan earbud telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Alat ini memberikan kebebasan untuk mendengar muzik, menonton video atau bermain permainan video tanpa mengganggu orang lain. Namun, penggunaan earbud yang berlebihan pada volume yang terlalu tinggi boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan telinga, yang sering [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":6436,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"jetpack_post_was_ever_published":false,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[203,204],"tags":[3622,3626,3621,3624,3625,3620,3623],"class_list":["post-6435","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gaya-hidup","category-gajet","tag-earbud","tag-kerosakan-pendengaran-akibat-earbud","tag-kesan-volume-earbud-tinggi","tag-kesan-volume-tinggi-pada-telinga","tag-penggunaan-earbud-yang-selamat","tag-risiko-penggunaan-earbud","tag-tinnitus","has-thumb"],"acf":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/i0.wp.com\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Knowledge-Sharing.jpg?fit=800%2C600&ssl=1","jetpack-related-posts":[],"jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack_likes_enabled":true,"jetpack_shortlink":"https:\/\/wp.me\/pgEIpy-1FN","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6435","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6435"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6435\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6443,"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6435\/revisions\/6443"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6436"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6435"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6435"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/bigdomain.asia\/collamedia\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6435"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}